“Prepare for the worst” – Dr Hisham Minta Orang Ramai Bersedia Hadapi ‘Lonjakan Menegak’ Covid-19

26 May 2021 • 11:54 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

The post “Prepare for the worst” – Dr Hisham Minta Orang Ramai Bersedia Hadapi ‘Lonjakan Menegak’ Covid-19 appeared first on Lobak Merah.

Semalam, Malaysia sekali lagi merekodkan kes tertinggi dalam sejarah sebanyak 7,289 kes. Namun, Dr Hisham memberi amaran bahawa kes Covid-19 di Malaysia akan meningkat lebih tinggi lagi.

Menerusi Twitter peribadi, Dr Hisham mengatakan peningkatan kes yang bermula sejak 1 April lalu ini boleh mencetuskan “lonjakan menegak”.

Kita perlu membuat persediaan untuk menghadapi keadaan terburuk. Tolong bantu kami untuk duduk di rumah. Jika kita bekerjasama, kita boleh memutuskan rantai jangkitan.”

Tambahnya lagi, mengabaikan fakta dan data tak akan membantu untuk kurangkan kes serta memberikan alasan untuk tak duduk di rumah.

Jika ada kerja atau urusan penting, tolong patuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.”

Untuk pengetahuan korang, kadar jangkitan di Malaysia kini adalah 1.21 di mana seseorang yang dijangkiti dengan Covid-19 boleh menyebarkan virus kepada 1.21 orang lain.

Berdasarkan graf yang ditunjukkan juga, KKM meramalkan kes Covid-19 juga boleh meningkat sehingga 9,000 kes pada Jun nanti sekiranya orang ramai main gagal untuk mematuhi SOP.

image is not available

Setakat ini, kadar r0 tertinggi adalah di Labuan sebanyak 1.76 diikuti Perlis 1.58 dan Negeri Sembilan 1.30.

image is not available

Baca: [TERKINI] “Standby jelah 10k” – Kes Harian COVID 19 di Malaysia Pecah Rekod Lagi, Meningkat Ke Angka Lebih 7,000

image is not available

The post “Prepare for the worst” – Dr Hisham Minta Orang Ramai Bersedia Hadapi ‘Lonjakan Menegak’ Covid-19 appeared first on Lobak Merah.