“Salah beli ke ni adik?”- [VIDEO] Ingatkan Salah Beli ‘Casing’, Rupanya Anak-Anak Bagi ‘Surprise’ Telefon Baru

Entertainment
28 May 2021 • 4:16 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

The post “Salah beli ke ni adik?”- [VIDEO] Ingatkan Salah Beli ‘Casing’, Rupanya Anak-Anak Bagi ‘Surprise’ Telefon Baru appeared first on Lobak Merah.

Untuk sesiapa yang masih ada ibu bapa, hargailah mereka dengan penuh kasih sayang sebab tak semua orang berpeluang untuk merasainya. PKP yang dilaksanakan ini lebih membataskan anak-anak untuk menziarahi ibu bapa mereka di kampung halaman.

Korang patut bersyukur kalau masih dapat tinggal sebumbung dengan ibu bapa korang. Inilah peluang keemasan korang untuk berbakti kepada mereka.

Mengambil peluang yang masih ada, wanita ini membuat satu kejutan kepada ibunya sehingga membuatkan ramai netizen sebak mengenangkan ibu bapa mereka yang tinggal berjauhan dan juga yang sudah tiada.

 

Bentuk casing tak sama dengan telefon

Menerusi perkongsian video di Tiktok oleh pemilik akaun Cabwina yang dimuat naik semalam sehingga mendapat lebih 500 ribu tontonan, kelihatan seorang wanita membelikan casing telefon yang baru kepada ibunya. Tapi, casing itu nampak macam tersalah beli sebab tak sama dengan bentuk telefon.

“Adik salah beli ke ni?”

@cabwina

told her that i bought her a new phone case but i bought her a new phone instead. watch till the end to see her precious reaction

image is not available
image is not available

♬ original sound – Cabwina – Cabwina

Kalau ikutkan, kamera telefon ibunya berada di tengah-tengah, tapi lubang kamera pada casing tersebut berada di bahagian tepi.

 

Ibu menangis terharu

Sambil mendengar ibunya membebel tentang casing yang tak sama bentuk dengan telefon, wanita ini pergi ke tepi katil untuk ambil beg yang berisi telefon baru dan terus berikan kepada ibunya.

Pada mulanya, ibu kepada wanita ini tidak faham keadaan yang berlaku bila dia nampak ada kotak telefon baru di hadapannya.

“Adik beli telefon untuk mama ke?”

image is not available

Bila ibunya tanya, wanita ini seolah-olah tak mahu mengaku yang dia dan adik-beradiknya yang lain belikan baru kepada ibu mereka.

Terharu dengan pemberian anaknya, ibu wanita itu menangis terharu sambil mengucapkan terima kasih dan mendoakan supaya Allah membalas kebaikan anak-anaknya.

image is not available

 

 

Netizen sebak

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen sebak melihat reaksi ibu kepada wanita itu selepas mendapat telefon baru. Ada juga yang komen video tersebut mengingatkan mereka kepada arwah ibu mereka yang sudah meninggal dunia.

image is not available

image is not available

Semoga Allah beri kita peluang untuk terus membalas jasa dan berbakti kepada ibu bapa kita.

 

Sumber: Cabwina

Baca:“Sebak pulak tengok” – Ayah Menangis Terharu Dapat Hadiah Sebuah Kereta Dari Anak-anaknya

image is not available

Tiktok

Tiktok

Tiktok

Tiktok

The post “Salah beli ke ni adik?”- [VIDEO] Ingatkan Salah Beli ‘Casing’, Rupanya Anak-Anak Bagi ‘Surprise’ Telefon Baru appeared first on Lobak Merah.