Kes baharu Covid-19 turun sedikit kepada 7,452

5 Jun 2021 • 3:01 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 5 JUN: Jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara hari ini merekodkan 7,452 kes berbanding 7,748 semalam.

Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi Facebook memaklumkan angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan positif kini 610,574 kes.

Selangor kekal negeri tertinggi dengan 2,509 kes diikuti Negeri Sembilan (843), Kuala Lumpur (678), Sarawak (651) dan Johor (412).

Manakala Pulau Pinang mencatat 370 kes disusuli Kelantan (312), Pahang (286), Kedah (263), Sabah (259), Perak (252), Melaka (206), Labuan (205) dan Terengganu (190 kes).

Putrajaya serta Perlis pula dengan 12 dan empat kes.

image is not available

The post Kes baharu Covid-19 turun sedikit kepada 7,452 appeared first on Selangorkini.