
SUNGAI BULOH - Tiga lelaki warga Bangladesh cedera selepas konkrit sebuah lebuh raya yang dalam proses pembinaan di Sungai Buloh-Kota Damansara runtuh dalam satu kejadian sekitar jam 7.14 petang Sabtu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, tiga lelaki yang bekerja di bawah tapak pembinaan setinggi 12 meter itu mengalami cedera ringan akibat terkena serpihan runtuhan konkrit tersebut.
