Tiga cedera perancah besi runtuh

19 Jun 2021 • 8:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SUNGAI BULOH - [DIKEMASKINI] Perancah besi di sebuah lebuh raya yang sedang dalam proses pembinaan di Sungai Buloh-Kota Damansara dilaporkan runtuh pada petang Sabtu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, kejadian runtuhan itu dilaporkan pada jam 7.14 petang sebelum pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh tiba di lokasi jam 7.27 petang.

Menurut beliau, tiga warga Bangladesh yang sedang bekerja di bawah tapak pembinaan setinggi 12 meter itu mengalami cedera ringan akibat terkena serpihan runtuhan tersebut.

"Kesemua mangsa berusia dalam lingkungan 20 hingga 40-an itu telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh menaiki ambulans," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Katanya, tiada mangsa lain terlibat dalam insiden tersebut dan operasi tamat pada jam 7.34 petang.