Seperti yang pernah kami laporkan sekitar Mei lalu, Shopee bermula hari ini 17 Jun sudah tidak lagi membenarkan penggunanya dari kalangan pembeli untuk memilih syarikat kurier penghantaran semasa membuat pembelian.
Baca artikel berkaitan : Ditetapkan Secara Automatik, Shopee Tidak Lagi Benarkan Anda Memilih Kurier Penghantar Bermula 17 Jun
Malah shopee menerusi laman media sosial media turut memaklumkan perkara sama beberapa hari lalu.
Shopee's committed to constantly enhancing our platform and services to ensure the needs of our buyers and sellers are adequately met. With the new Standard Service Types feature, we will automatically select the best shipping channels to handle all orders effective 17 June 2021. pic.twitter.com/OLTYwhsQQs
Menurut Shopee, keputusan tersebut diambil demi menambahbaik servis penghantaran kepada pengguna dimana mereka akan menggunakan khidmat penghantaran terpilih sahaja.
Sistem baru tidak digemari banyak pihak
Namun sistem terbaru ini nampaknya bukan sahaja tidak digemari para pembeli, malahan turut mengecewakan para penjual di platform tersebut.
Menerusi platform media sosial mereka, baik di Facebook mahupun Instagram orang ramai dilihat menyerang ruangan komen pada posting-posting yang dimuat naik syarikat e-dagang tersebut untuk meluahkan rasa kecewanya.
Dakwa peningkatan harga penghantaran
Malah ramai pembeli yang mendakwa selain dari tiada pilihan kurier, mereka juga berdepan peningkatan pada harga penghantaran.
Isu ini turut hangat diperbincangkan di grup FB Shopee Malaysia yang mempunyai lebih 150,000 ahli.


Juga hangat di akaun IG Shopee


Peniaga dakwa rugi kerana sales drop
Bagi pihak penjual pula, ramai yang turut menyuarakan rasa kecewa mereka kerana tidak dimaklumkan bahawa mereka kini perlu mengaktifkan sendiri fungsi shipping. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak mendapat pesanan melainkan mereka mengaktifkannya butang shipping tersebut di akaun mereka.


Pembeli cancel order kerana tak senang dengan pilihan courier yang diberi

Meskipun masih berterusan ‘diserang’ pihak Shopee Malaysia setakat ini masih belum memberikan sebarang maklum balas berkaitan isu tersebut.


