Kerajaan kaji sidang Parlimen secara hibrid

4 Jun 2021 • 7:19 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 4 JUN: Kerajaan sedang mengkaji konsep dan mekanisma pembukaan Parlimen secara hibrid membabitkan persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) berkata langkah itu bagi memastikan institusi Parlimen melaksanakan peranan sewajarnya meskipun negara berdepan pandemik Covid-19.

“Satu perbincangan melibatkan yang dipertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta timbalan-timbalan yang dipertua telah diadakan secara maya.

“Ia antara lain merangkumi persiapan ke arah pelaksanaan Parlimen secara hibrid yang meliputi aspek-aspek infrastruktur, teknikal, undang-undang, peraturan dan kewangan, kata Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

The post Kerajaan kaji sidang Parlimen secara hibrid appeared first on Selangorkini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved