Kerajaan setuju pelan Parlimen hibrid

Politics
4 Jun 2021 • 6:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PUTRAJAYA - Kerajaan bersetuju dengan pelan konsep Parlimen hibrid yang bakal diadakan berasaskan penyertaan ahli Parlimen fizikal dan secara maya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, suatu mesyuarat telah diadakan secara maya dengan kedua-dua Yang DiPertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta Timbalan-Timbalan Yang DiPertua pada Jumaat.

"Mesyuarat membincangkan perkara berkaitan persiapan ke arah pelaksanaan Parlimen secara hibrid," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, aspek infrastruktur, teknikal, undang-undang, peraturan dan kewangan antara turut dibincangkan.

"Mesyuarat turut memutuskan supaya kajian lebih terperinci dibuat segera bagi menyediakan kertas lengkap yang akan diangkat dalam waktu terdekat untuk pertimbangan dan kelulusan Jemaah Menteri," katanya.

Sebelum ini, timbul desakan pelbagai pihak Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said agar Parlimen kembali bersidang dengan cadangan pelaksanaan secara maya.

Dewan Rakyat dijadualkan kembali bersidang mulai 2 November hingga 15 Disember depan.