Pemberian Data 1GB Percuma Setiap Hari Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 2021

TechnologyDigital
28 Jun 2021 • 5:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Perdana Menteri hari ini telah mengumumkan PEMULIH – yang menawarkan sejumlah bantuan kepada orang ramai. Salah satunya adalah berkaitan akses internet kepada orang ramai.

image is not available

Kerajaan bersama-sama syarikat telekomunikasi, akan menawarkan akses data sebanyak 1GB untuk tujuan produktiviti sehingga 31 Disember 2021 kelak.

Perkara ini akan memberikan manfaat kepada lebih 44 juta pengguna seluruh negara.

Untuk makluman, sebelum ini, kerajaan dan syarikat telekomunikasi sedia menawarkan akses 1GB data percuma untuk produktiviti, dan kini ia dilihat dilanjutkan sehingga penghujung tahun 2021 ini.