Pemberian satu gigabit data harian percuma dilanjutkan hingga 31 Disember

28 Jun 2021 • 5:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu bahawa syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama negara telah bersetuju untuk melanjutkan pemberian satu gigabit data harian secara percuma sehingga 31 Disember 2021.

Muhyiddin berkata, kemudahan yang disediakan itu melibatkan anggaran bernilai RM500 juta bakal memanfaatkan 44 juta pelanggan.

Beliau berkata demikian sempena Pengumuman Khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) sebentar tadi.

AKAN MENYUSUL