Xiaomi, Huawei, Oppo, Vivo Dan Honor Ingin Membentuk Piawaian Untuk Pengecasan Pantas

TechnologyDigital
17 Jun 2021 • 3:44 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada hari ini, terdapat sejumlah peranti yang hadir dengan penawaran pengecasan pantas masing-masing – membawa kepada pelbagai piawaian berbeza oleh setiap pengeluar. Namun, perkara ini dilihat ingin diatasi oleh para pengeluar peranti dari China.

Terbaru, ia dilaporkan Xiaomi, Huawei, Oppo, Vivo dan Honor dilihat ingin membentuk sebuah piawaian pengecasan pantas untuk peranti mudah-alih.

image is not available

Dengan langkah ini, satu piawaian akan dibentuk, sekaligus mengelak pelbagai teknologi pengecasan berbeza dibangunkan yang menyukarkan pengguna.

Langkah ini juga akan mengurangkan pembaziran elektronik, disamping membawa kepada keselarian antara peranti, dan juga menjadikan kos pembangunan adalah lebih rendah berbanding dilakukan berasingan pada hari ini.

image is not available

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah piawaian pengecasan pantas ini akan diperkenalkan secara rasminya. Namun, perkembangan ini adalah sesuatu yang baik untuk industri, dan memudahkan lagi pengguna dalam beralih peranti dan kekal menikmati teknologi pengecasan pantas yang selari.