Google Sedang Membangunkan Sistem “Find My Device” Seakan Apple “Find My”

TechnologyDigital
18 Jun 2021 • 1:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sistem Apple Find My adalah antara yang terbaik, kerana memudahkan pengguna mencari peranti masing-masing, membantu rakan atau ahli keluarga mencari peranti mereka, mempunyai sokongan UWB untuk pencarian objek seperti dengan AirTag secara lebih jitu dan pelbagai lagi. Android turut mempunyai sistem pencarian tersendiri, seperti daripada Google sendiri Find My Device, daripada pengeluar untuk ekosistem masing-masing seperti Samsung dengan Find My Mobile, Xiaomi juga ada tersendiri dan lain-lain lagi.

image is not available

Masih tiada yang dapat menandingi Apple, di mana sistem Apple turut boleh menggunakan peranti pengguna lain untuk bantuan pencarian yang lebih tepat. Terkini, pihak XDA menemui kod baharu dalam APK aplikasi Find My Device. Google dilihat sedang menyediakan sistem carian seakan Find My daripada Apple. Ia menggunakan rangkaian di antara semua peranti dengan Google Play Services untuk lebih mudah mencari peranti milik sendiri atau peranti milik pengguna lain.

image is not available

Dengan jutaan peranti Android berada di luar sana, yang mana majoritinya mempunyai GMS, kelak sistem Find My Device boleh bersaing dengan sistem daripada Apple. Turut menimbulkan persoalan, adakah ini bermakna Google turut akan hadir dengan aksesori seakan AirTag? Kita tahu OnePlus dan Oppo sedang membangunkan versi mereka yang tersendiri. Mungkin akan menjadi terawal dengan sokongan Find My Device baharu ini? Masih tidak jelas apakah yang Google cuba tawarkan, sama-sama kita nantikan.

Aplikasi Google Find My Device