iOS 15 Akan Membolehkan iPhone Dijejak – Walaupun Jikalau iPhone Dimatikan Oleh Pencuri

TechnologyDigital
8 Jun 2021 • 9:48 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bermula daripada kemaskini iOS 15, Apple kini membolehkan anda terus menjejak iPhone anda walaupun sekiranya ia dimatikan, atau ketika bateri pada keadaan sangat rendah.

Pengguna boleh terus menjejak telefon pintar mereka melalui rangkaian Find My yang boleh diakses melalui web dan peranti lain – kemudian menjejak iPhone anda.

image is not available

Apple turut mengatakan dengan langkah ini, anda terus boleh menjejak peranti anda yang hilang, atau yang mungkin dimatikan oleh pencuri.

Disamping itu, sekiranya peranti anda dipadamkan – atau di “Factory Reset”, Apple turut membolehkan anda menjejaknya menggunakan rangkaian Find My – sekaligus mengelak sesiapa membeli peranti anda yang dicuri. Apple mengatakan skrin kunci akan memaparkan skrin “Hello”, dan akan turut melabelkan ia sebagai peranti anda – sekaligus mengelak pembeli lain terbelinya daripada pencuri.