TERKINI: ‘Total Lockdown’ Dilanjutkan Selama 2 Minggu Lagi

11 Jun 2021 • 6:35 PM MYT
Newswav
Newswav

Newswav

(PUTRAJAYA, JUN 11) Menteri Pertahanan Ismail Sabri mengumumkan bahawa ‘total lockdown’ akan dilanjutkan selama 2 minggu lagi, berkuat kuasa dari Jun 15 hingga Jun 28.

Pada awalnya, FMCO dijadualkan berakhir pada 14 Jun, tetapi beliau menyatakan bahawa keputusan untuk melanjutkannya dibuat berikutan dengan catatan jumlah kes Covid-19 harian yang masih tinggi. Kes harian kini masih melebihi angka 5,000.

Beliau menambah bahawa Kementerian Kesihatan telah menyampaikan laporannya dan mengusulkan kepada Majlis Keselamatan Nasional (NSC) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, agar tempoh ‘full lockdown’ dilanjutkan lagi.

SOP bagi FMCO yang dilanjutkan akan kekal seperti yang diumumkan sebelum ini. Untuk maklumat lanjut, sila melawati www.mkn.gov.my

Sedang dikemas kini…

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved