TicWatch E3 Akan Dilancarkan Pada 16 Jun – Wear OS Dan Snapdragon Wear 4100 Pada Harga Mampu Milik

TechnologyDigital
13 Jun 2021 • 10:44 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Mobvoi adalah satu-satunya syarikat yang menghasilkan jam tangan pintar, yang boleh menawarkan cip Snapdragon Wear 4100 yang terkini dan paling berkuasa mereka. Setakat ini, ia dijana pada jam TicWatch 3 Pro GPS yang dijual pada harga RM1320 di Shopee.

image is not available

Harga jualan ini pun, sebenarnya agak mampu milik jika dibandingkan dengan Fossil, Oppo dan lain-lain yang masih lagi dengan cip yang lama seperti Snapdragon Wear 2100 dan 3100.

Beli TicWatch Pro 3 GPS Di Shopee Rasmi Mobvoi Malaysia

image is not available

Terkini, Mobvoi akan melancarkan jam tangan pintar Wear OS baharu mereka dalam siri TicWatch E – iaitu TicWatch E3 pada 16 Jun ini. Ia adalah pengganti kepada TicWatch E2 yang dilancarkan pada dua tahun lepas. Walaupun Mobvoi masih tidak mendedahkan lagi sebarang spesifikasi, laporan daripada beberapa sumber mengesahkan jam ini turut akan dijana dengan cip Snapdragon Wear 4100.

image is not availableimage is not available

Siri TicWatch E biasanya dijual pada harga bawah RM1000. Ini akan memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna untuk memiliki jam Wear OS berkuasa pada harga lebih mampu milik. Disebabkan ia adalah cip yang terkini dan paling berkuasa, mana-mana jam dengan cip ini dijangka akan menerima kemaskini Wear OS baharu.

Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan pengumuman jam ini tidak lama lagi.

Baca Ulasan TicWatch Pro 3 GPS Di Sini