Pengeluaran Samsung Galaxy S21 FE Dihentikan Kerana Kekurangan Komponen

TechnologyDigital
13 Jun 2021 • 2:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung Galaxy S21 FE adalah peranti mercu mampu milik yang dipercayai akan dilancarkan pada bulan Ogos hadapan. Rekaan peranti telahpun tertiris beberapa minggu yang lalu tetapi kini muncul laporan dari ETNews mengatakan pengeluarannya telahpun dihentikan.

image is not available

Pengeluaran Galaxy S21 FE terpaksa dihentikan pada 11 Jun lalu kerana kekurangan cip pemproses Snapdragon 888 yang amat penting untuk peranti berfungsi. Sekiranya laporan ini tepat, ia adalah kali pertama Samsung menghentikan pengeluaran kerana kekurangan komponen. Masalah kekurangan cip dijangka berterusan sehingga tahun hadapan.

Ia telahpun mengganggu pengeluaran Xiaomi sehingga mereka mungkin terpaksa meningkatkan harga jualan. Bagi Samsung pula, ini pastinya akan menjejaskan jualan peranti mereka. Siri FE adalah agak popular kerana menawarkan ciri-ciri mercu pada harga yang lebih mesra poket.

Sumber ETNews