Google Ingin Menawarkan Pengguna Menggunakan Aplikasi Android Secara Rentas Platform

TechnologyDigital
24 Jun 2021 • 5:54 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google akhirnya ingin menawarkan pengalaman penggunaan Android yang lebih baik seakan Apple dengan iOS. Apa yang Google ingin fokuskan adalah pengguna boleh menggunakan aplikasi Android di mana-mana platform milik Google dengan lebih mudah dan tidak berasa aneh.

Baru-baru ini, mereka telah memperkenalkan program Play Media Experience Program untuk para pembangun. Di mana aplikasi video, muzik dan aplikasi membaca akan boleh digunakan secara rentas platform untuk memudahkan lagi pengguna. Contoh pada aplikasi video adalah pengguna boleh mengakses aplikasi yang sama bukan sahaja pada telefon pintar tetapi juga pada Android TV, Google TV, dan Google Cast. Begitu juga dengan aplikasi muzik, tetapi mempunyai tambahan sokongan ke Wear OS.

image is not available

Kemudian aplikasi membaca pula akan lebih menarik digunakan pada peranti dengan skrin bersaiz besar seperti tablet, peranti dengan skrin boleh-lipat, dan juga integrasi dalam Entertainment Space. Entertainment Space adalah hab setempat untuk tablet, yang mengumpulkan kandungan-kandungan menarik seperti aplikasi penstriman video, permua dan pelbagai lain.

image is not available

Program ini juga adalah untuk membantu para pembangun agar aplikasi yang dibangunkan lebih mudah dicari oleh lebih ramai orang dan juga lebih mudah diakses pada mana-mana platform. Bila ia akan dimulakan? Masih tiada garis masa, tetapi sudah pasti aplikasi daripada Google sendiri akan hadir terlebih dahulu dan aplikasi pihak ketiga adalah bergantung kepada pembangun.

Sama-sama kita nantikan.