(Dikemaskini) TicWatch E3 Akan Tiba Di Malaysia Seawal Julai Ini Dengan Harga RM830

TechnologyDigital
17 Jun 2021 • 3:54 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dikemaskini 17/06/2021: Mobvoi Malaysia telah menyenaraikan TicWatch E3 di laman Shopee mereka. Anda kini boleh pra-tempah pad harga promosi RM750, berbanding harga jualan rasmi RM830. Penghantaran dan stok tersedia kekal sama, iaitu sekitar tiga minggu.

Pra-Tempah TicWatch E3 Di Shopee


Sebentar tadi, Mobvoi baru sahaja melancarkan TicWatch E3 mereka. Ia adalah pengganti kepada TicWatch E2 dan adalah versi alternatif yang lebih murah kepada TicWatch Pro 3 GPS. Ia hadir dengan spesifikasi teras yang lebih kurang sama, iaitu dijana cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 4100 dan mempunyai memori 1GB RAM.

image is not available

Pengorbanan yang dilakukan pada TicWatch E3 adalah tidak menggunakan dwi-skrin dan OLED, sebaliknya menggunakan skrin LCD. Kemudian, bahan binaan adalah plastik dan juga tidak ada sensor ambien untuk sistem kecerahan automatik. Tetapi, dengan cip yang berkuasa – buat pertama kali Wear OS terasa lebih berfungsi.

image is not available

image is not available

Mobvoi Malaysia telah menjawab soalan kami, di mana bilakah jam ini akan tiba ke pasaran Malaysia dan berapakah harga jualannya? Menurut mereka, harga jualan juga adalah lebih kurang sama – iaitu sekitar RM800. Ia akan mula dijual dalam masa tiga minggu lagi. Ini bermakna, ia akan tiba ke laman Shopee mereka seawal minggu pertama Julai ini. Sama-sama kita nantikan.

Pra-Tempah TicWatch E3 Di Shopee