Twitter Mengaktifkan Ticketed Spaces dan Super Follow Untuk Pengguna Menjana Pendapatan

TechnologyDigital
23 Jun 2021 • 10:39 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Adakah anda ingin menjana pendapatan ketika di media sosial? Ini ialah kerja yang diimpikan ramai anak muda kerana tidak perlu menjawab kepada majikan dan bekerja mengikut masa sendiri. Bagi mereka yang aktif di Twitter, ciri Ticketed Spaces dan Super Follow kini diaktifkan bagi membolehkan pendapatan dijana menerusi platform media sosial ini.

image is not available

Dengan Ticketed Spaces pengguna boleh menjual tiket sebelum pengguna boleh mendengar perbuatan di dalam Spaces secara berbayar. Akses kepada ruang berbayar ini boleh ditawarkan bermula serendah $1 dan meningkat sehingga $999 bergantung kepada kehendak pengguna. Ticketed Spaces boleh dibuka kepada 5-100 pengguna pada setiap sesi.

image is not available

Super Follow pula adalah seperti Partreon, pengikut boleh membayar $2.99, $4.99 atau $9.99 secara bulanan kepada pengguna yang ingin disokong. Menerusi ciri ini pengguna kemudian boleh menawarkan kandungan eksklusif kepada pengikut berbayar.

Buat masa ini Ticketed Spaces dan Super Follow hanya diaktifkan kepada pengguna di Amerika Syarikat terlebih dahulu yang memenuhi kriteria seperti 1000 pengikut, menjadi hos Spaces sebanyak 3 kali sejak 30 hari lalu, bukan akaun milik kerajaan dan akaun degan emel yang disahkan.