China Menutup Lebih 90% Operasi Pelombongan Bitcoin

TechnologyDigital
22 Jun 2021 • 9:20 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Semalam kami melaporkan nilai mata wang Bitcoin terus menyusut selepas kerajaan China meminta pelbagai institusi kewangan untuk menghentikan sebarang transaksi melibatkan kriptowang. Ini adalah bagi mengelakkan wang kripto dari digunakan untuk aktiviti seperti pengubahan wang secara haram.

image is not available

Wilayah Sichuan yang selama ini menjadi pusat perlombongan kripto di China mula menguatkuasakan larangan kepada membekalkan tenaga elektrik kepada syarikat yang disyaki melakukan aktiviti perlombongan. Kerajaan tempatan memberikan kuasa kepada syarikat pembekal elektrik untuk memutuskan terus bekalan sekiranya syarikat disyaki melakukan aktiviti tersebut. Sichuan menjadi pusat perlombongan kerana bekalan elektrik dijana menggunakan kuasa hidro yang lebih murah.

Selain Sichuan, pengharaman turut telah dilakukan di Xinjiang, Mongolia Dalam dan wilayah Yunnan. Pengedali operasi perlombongan kripto di China kini mengalami kerugian dan perlu mencari alternatif seperti berpindah ke Rusia.

Sumber Global Times

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved