Telegram Kini Menawarkan Ciri Panggilan Video Berkumpulan

TechnologyDigital
25 Jun 2021 • 9:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Telegram hari ini mengumumkan pengenalan ciri panggilan video berkumpulan pada platform mereka – membolehkan pengguna Telegram pada semua jenis peranti, termasuk tablet dan desktop untuk menikmati ciri panggilan video ini.

Dengan pengenalan ini, pengguna Telegram boleh kekal berhubung, menggunakannya untuk tujuan pembelajaran, mesyuarat, dan sebagainya.

image is not available

Untuk menggunakannya, pengguna boleh memulakan perbualan suara pada mana-mana Telegram Group, dan kemudian tap pada ikon kamera untuk mengaktifkan ciri panggilan video berkumpulan.

image is not available

Buat masa ini, walaupun peserta perbualan audio adalah tanpa had, tetapi untuk menggunakan panggilan video, ia dihadkan kepada 30 orang pertama sahaja pada sesuatu Telegram Group.

Melalui penggunaan panggilan video ini, selain berkongsi rakaman daripada kamera, pengguna turut boleh memilih untuk berkongsi skrin – sesuai sekiranya ingin melakukan pembentangan dan sebagainya. Pada tablet dan desktop, ia turut menawarkan “Split View” untuk pengalaman yang lebih baik.

image is not available

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran panggilan video berkumpulan ini di aplikasi Telegram anda hari ini.