“Taklah itu video lama” – Timbalan Speaker Nafi Hadir ‘Kenduri Durian’, Rakaman Didakwa Video Tahun Lepas

Entertainment
29 Jun 2021 • 3:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

The post “Taklah itu video lama” – Timbalan Speaker Nafi Hadir ‘Kenduri Durian’, Rakaman Didakwa Video Tahun Lepas appeared first on Lobak Merah.

Baru-baru ini, viral di media sosial sebuah video yang menunjukkan sekumpulan individu menghadiri ‘kenduri durian’ dalam sebuah dusun.

Meskipun tidak dapat dapat dikenal pasti siapakah individu yang terbabit, netizen mendakwa Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Dato’ Mohd Rashid Hasnon dikatakan antara yang terlibat dalam ‘kenduri durian’ tersebut.

image is not available

 

“Itu video lama” – Timbalan Speaker 

Walau bagaimanapun, menurut Malaysiakini, Mohd Rashid telah menafikan dakwaan yang dia melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKP kerana menghadiri kenduri durian tersebut.

Malah dia juga berkata, rakaman tersebut adalah video lama yang mana kejadian itu berlaku sebelum PKP, iaitu pada tahun lepas.

Tak adalah, itu (video) lama kot.

“Saya ingat (video) tahun lepas punya, sebelum PKP,” jawabnya ringkas kepada portal berita tersebut.

image is not available

Video ini telah mendapat pelbagai reaksi negatif netizen yang sebelum ini mendakwa aktiviti santai makan durian tersebut tidak sepatutnya dilakukan kerana bimbang akan penyebaran wabak COVID 19 di samping negara kita sedang dalam tempoh PKP.

Baca: “Singgah sekejap je” – Jamal Abdillah Disiasat Polis Langgar SOP Lepas Viral Foto Makan Durian Sambil Berkaraoke

image is not available

Twitter

The Star

The post “Taklah itu video lama” – Timbalan Speaker Nafi Hadir ‘Kenduri Durian’, Rakaman Didakwa Video Tahun Lepas appeared first on Lobak Merah.