The post “Abang tarik je saya”- [VIDEO] Redah 16 KM Naik Basikal Sebab Ayah Masuk Hospital, Bersyukur Ada Rider Lain Nak Tolong appeared first on Lobak Merah.
Sudah jadi kebiasaan kepada rider penghantar makanan untuk tegur geng-geng diorang bila terserempak dekat mana-mana. Paling tidak pun, diorang akan bunyikan hon bila sedang menunggang motorsikal.
Tapi, apa yang dialami oleh seorang rider ini agak berbeza bila dia terserempak dengan geng rider Foodpanda di tepi jalan raya besar.
Terjumpa rider naik basikal
Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik oleh Yuazwan Jusoh baru-baru ini, dia berkongsi kisah dia terserempak dengan rider Foodpanda yang tengah naik basikal ketika dia sedang dalam perjalanan untuk hantar pesanan makanan kepada pelanggan.
@yuazwanjusoh Kenapa Allah hantar aku order dari selayang ke tesco?? Rupanya ada insan yg memerlukan pertolongan. Aku terpaksa decline order demi brader ni..
Pada awalnya, lelaki yang mesra dipanggil Yuazwan sangkakan rider berbasikal itu dalam perjalanan untuk hantar pesanan makanan kepada pelanggan sama seperti dia juga.
Sambil merekod video, dia perlahankan motor dan menegur rider itu.
Redah 16km demi ayah
Rupa-rupanya, rider yang berbasikal di bawah matahari terik itu tengah ‘urgent’ nak pergi Hospital Selayang sebab dapat tahu ayah dia masuk hospital.
“Bang, tolong saya bawak pergi Hospital Selayang. Bapa saya masuk hospital la.. abang tarik je saya.”

Yuazwan juga beritahu yang rider ini sanggup berbasikal dari Setapak ke Selayang sejauh 16 kilometer semata-mata nak pergi tengok ayah dia. Siapa je tak risaukan tiba-tiba dapat tahu orang tua kita masuk hospital, betul tak?
Terkejut dengar cerita sebenar, lelaki ini terus letakkan kamera dalam bakul motor dan terus fokus ‘menunda’ basikal tersebut sampailah ke hospital. Bukan itu sahaja,dia juga sanggup decline order pelanggan semata-mata nak tolong rider ini.

Netizen terharu
Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap baik hati Yuazwan yang sanggup tolong rider lain siap decline order pelanggan semata-mata nak tolong orang lain.

Kita doakan ayah rider itu cepat sembuh dan semoga Allah balas kebaikan Yuazwan yang baik hati untuk tolong orang lain.Amin…
Sumber: Yuazwan Jusoh
The post “Abang tarik je saya”- [VIDEO] Redah 16 KM Naik Basikal Sebab Ayah Masuk Hospital, Bersyukur Ada Rider Lain Nak Tolong appeared first on Lobak Merah.
