Tiada Lencana Imunisasi Akan Dikeluarkan – Hanya Sijil Digital MySejahtera dan Kad Fizikal Dari PPV Menjadi Bukti Vaksin Diterima

TechnologyDigital
23 Jul 2021 • 2:56 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bagaimanakah untuk membuktikan anda telah menerima suntikan vaksin? Jawapan yang tepat ialah menerusi sijil digital yang dipaparkan di dalam aplikasi MySejahtera dan juga kad fizikal yang diberikan ketika menerima suntikan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV). Ini disahkan sendiri oleh ciapan dari Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 sebentar tadi.

image is not available

Selain itu sijil digital dalam aplikasi MySejahtera kelak boleh dicetak sendiri oleh pengguna dalam masa terdekat. Ini mungkin untuk bukti sebelum melakukan perjalanan atau kehilangan kad fizikal yang diberikan.

Pengumuman terpaksa dilakukan selepas muncul kekeliruan bahawa lencana khas dengan kod QR akan digunakan juga. Video yang tular di media sosial sejak dua hari yang lalu menunjukkan Dr Adham Baba memegang lencana imunisasi. Tetapi ramai tidak menyedari video adalah dari bulan Mac 2021 sebelum kerajaan mengambil keputusan hanya akan menggunakan sijil digital MySejahtera dan kad fizikal sahaja.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved