Imej Pengolokan Realme Band 2 Tertiris – Hadir Dengan Rekaan Lebih Premium

TechnologyDigital
18 Jul 2021 • 12:03 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Realme Band diperkenalkan pada Mac tahun lepas dan dijual di Malaysia pada Jun tahun lepas. Ia adalah penjejak kesihatan tersendiri Realme yang pertama sebagai pesaing kepada Xiaomi Mi Smart Band atau juga Huawei Band. Terkini, Realme dilihat sudah bersedia untuk hadir dengan generasi kedua Realme Band 2.

image is not available

Melalui Digit.in baru-baru ini, imej pengolokan penjejak kesihatan Realme ini didedahkan. Ia dilihat menggunakan rekaan mirip Huawei Band 6 atau Huawei WatchFit. Skrin adalah segi empat yang memanjang, kemasan melengkung, tali jam seakan jam biasa dengan Dare To Leap, serta saiz skrin 1.4-inci.

image is not available

Ia juga dilihat mungkin adalah kawalan sentuhan skrin penuh seakan Mi Smart Band 6, dan tidak lagi bergantung kepada butang kapasitif. Penggunaan rekaan ini akan menampakkan penjejak kesihatan Realme lebih ada gaya dan premium dan tidak kelihatan seperti produk OEM yang dilabel semula.

Ciri seperti imbasan nadi 24 jam, jam, penggera, pemasa, notifikasi, gegaran, menjejak tapak dan lain-lain dijangka akan dikekalkan bersama-sama dengan SpO2. Cip Bluetooth dikatakan adalah berasasakan Bluetooth 5.1 dan tali jam dilihat seakan tidak boleh ditanggalkan. Tidak pasti jika harga jualan akan kekal bawah RM200 dan akan ada lebih banyak pilihan warna atau terhad dengan warna gelap ini sahaja.

Sama-sama kita nantikan.