“Anggap la ni sedekah”- [VIDEO] Lelaki Haus Minta Air Dekat Warga Emas Tapi Tak Ada Duit Nak Bayar, Rupanya Ada Plot Twist

Entertainment
1 Jul 2021 • 11:54 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

The post “Anggap la ni sedekah”- [VIDEO] Lelaki Haus Minta Air Dekat Warga Emas Tapi Tak Ada Duit Nak Bayar, Rupanya Ada Plot Twist appeared first on Lobak Merah.

Korang perasan tak? Ramai yang terkesan akibat pandemik Covid-19 ini. Ada yang kena buat kerja, ada yang terpaksa berhutang sebab tak ada duit nak sara hidup dan ada juga yang terpaksa tutup bisnes diorang.

Terbaru, viral video seorang makcik tua yang berniaga air di tepi jalan didatangi seorang lelaki yang katanya kehausan.

 

Anggap makcik sedekah

Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik oleh hanifasyraf1 semalam yang kini sudah mencecah 3 juta views di Tiktok, kisah ini bermula bila ada seorang lelaki yang datang ke makcik tua yang menjual air di tepi jalan dan meminta segelas air kerana kehausan.

@hanifasyraf1

Sedekah ketika sempit (miskin) sebaik-baik perbuatan

image is not available
#sedekah #malaysia #indonesia

♬ bunyi asal – Hanif Asyraf – Hanif Asyraf

Lelaki itu beritahu kepada makcik itu yang dia tak dapat nak bayar air minuman tersebut sebab dia kononnya tertinggal dompet.

Mendengar luahan lelaki itu, makcik yang menjual air itu tak kisah pun dan terus sediakan segelas air untuk diberikan kepada lelaki itu.

“Takyah bayar, makcik nak sedekah.”

image is not available

Kagum lihat makcik kongsi rezeki

Menurut lelaki itu, dia dapat lihat yang pakaian makcik itu agak lusuh dan sudah ada kesan koyak di beberapa tempat dan beranggapan sudah pasti perniagaan makcik ini juga terjejas pada waktu pandemik ini.

Namun, makcik ini tetap ikhlas untuk bersedekah dan berkongsi rezeki dengan orang lain.

Difahamkan, video tersebut hanyalah lakonan semata-mata dan pengakhirannya lelaki itu membayar air yang diberikan oleh makcik itu siap hadiahkan sepasang telekung baru lagi.

image is not available

Korang boleh tengok makcik itu tersenyum lebar sebab gembira dapat telekung baru yang diberikan itu.

Sekarang ni ramai orang yang hidup susah. Tak salah kan kalau kita nak ringankan beban diorang walaupun sedikit? Nampak sikit bagi kita tapi besar bagi diorang.

 

Sumber: hanifasyraf1

Baca:”Terpengaruh cerita Vincenzo ni”- Hampir Semua Menu Ada Perkataan Mafia, Siap Ada Set Sedekah Untuk Rider Foodpanda

image is not available

Tiktok

Tiktok

The post “Anggap la ni sedekah”- [VIDEO] Lelaki Haus Minta Air Dekat Warga Emas Tapi Tak Ada Duit Nak Bayar, Rupanya Ada Plot Twist appeared first on Lobak Merah.