Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.
Mana-mana warga emas yang belum mendapat janji temu, tak perlu tunggu tarikh daripada MySejahtera lagi kerana mulai esok, golongan ini boleh teruk walk in dimana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kuala Lumpur dan Selangor untuk mendapatkan vaksin.
Lapor Berita Harian, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, individu yang berumur 60 tahun keatas itu masih boleh terima suntikan jika mereka belum mendaftar sekalipun.
Sehubungan itu, katanya, laluan khas bagi warga emas akan disediakan di setiap PPV di KL dan Selangor, selain garis panduan bagi melancarkan proses pemberian vaksin secara terus.
“Kita nak pastikan setiap warga emas ini mendapat perlindungan secepat mungkin, justeru kerajaan memutuskan pendekatan ‘walk in’.”
“Selain itu, kita akan pastikan warga emas menerima vaksin dalam keadaan selesa dan selamat, memandangkan jumlah kes harian masih tinggi di Lembah Klang,” katanya.
Sementara itu, kerajaan hari ini telah mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 34 mukim di negeri Selangor ditamatkan.
Sidang Khas MKN telah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa dan bersetuju untuk tidak melanjutkan PKPD di kesemua mukim yang terbabit.
Baca : “Warga emas selepas ini boleh walk in terus ke PPV untuk dapatkan vaksin” – KJ
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.



