Instagram Kini Menyokong Video Sehingga 60 Saat Pada Pesaing TikTok Mereka – Instagram Reels

TechnologyDigital
28 Jul 2021 • 11:54 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Instagram Reels merupakan ciri yang ditawarkan sebagai alternatif kepada TikTok – memudahkan perkongsian video menegak, termasuk dari segi penyuntingan dan penemuan video baharu.

Selepas mengehadkan perkongsian video sepanjang 30 saat sahaja sebelum ini, kini Instagram telah mula membolehkan pengguna memuat-naik video sehingga 60 saat melalui Reels.

Dengan langkah ini, ia akan memudahkan penerbit kandungan untuk berkongsi video lebih panjang – selain pada masa yang sama Instagram akan mengikat pengguna untuk menghabiskan masa lebih lama pada aplikasi mereka.

Sebagai perbandingan, baru-baru ini, TikTok telah mula membolehkan pengguna berkongsi video sehingga 3 minit pada platform mereka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved