Instagram Kini Hadir Dengan Ciri Terjemahan Teks Pada Stories

TechnologyDigital
23 Jul 2021 • 12:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jika sebelum ini, Instagram hanya membolehkan ciri terjemahan teks dibuat pada perkongsian kandungan. Kini, ia diperluaskan lagi pada stories pula bagi membantu pengguna untuk berkomunikasi dengan lebih baik. Melaluinya, Instagram telah menambah pilihan fungsi baru untuk menterjemah teks pada stories secara automatik.

Bagaimana ia berfungsi? Apabila Instagram mengesan mana-mana teks pada stories dengan bahasa lain yakni berbeza dengan bahasa utama yang kebiasaannya digunakan. Anda akan perasan terdapatnya pilihan “See Translation / Lihat Terjemahan” pada sudut kiri atas skrin. Anda hanya perlu klik padanya dan terjemahan untuk teks berkenaan akan dipaparkan pada bahagian bawah skrin.

image is not available

Tiada had untuk bilangan perkataan atau aksara yang boleh diterjemah dalam satu kapsyen dan ia juga menyokong lebih daripada 90 bahasa berbeza. Namun demikian, perlu diingatkan ia hanya menterjemahkan teks atau animasi teks yang ditaip sahaja. Pada masa sama, ia juga tidak tersedia untuk terjemahan audio. Setakat artikel ini ditulis, kami telah menerima kemaskini untuk ciri ini. Bagaimana dengan anda?

Sumber : Instagram