Penghulu Dedah Nenek Viral Dapat Bantuan Sampai 200K, Siap Dapat Beli 4 Kereta Untuk Cucu?

Entertainment
16 Jul 2021 • 1:38 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Semalam, tular cerita tentang nenek berusia 87 tahun yang menjual di Pasar Besar Siti Khadijah di Kota Bharu, Kelantan.

Kisah tersebut telah buat ramai orang tersentuh lebih-lebih lagi bila dikatakan yang nenek ini tiada anak dan hanya tinggal seorang diri serta dah lama tak makan nasi.

Dah pernah viral

Pun begitu, satu posting di Facebook telah heboh bila paparan skrin dikatakan dari penghulu kampung tempat nenek tersebut tinggal mendakwa yang warga emas ini merupakan penerima bantuan zakat dari dua buah negeri berjumlah RM1,000.

image is not available

Malah, dikatakan juga yang nenek ini pernah tular dua tahun lalu dan menerima pelbagai bantuan serta derma dari kerajaan, NGO dan orang ramai sehingga mendapat kutipan ratusan ribu ringgit.

image is not available

Beli kereta seorang sebijik untuk cucu

Malah, dakwa penghulu itu lagi, kerana bantuan yang banyak diterima oleh warga emas ini, orang-orang di kampung tersebut telah menggelar nenek ini “orang kaya baru”.

Ini kerana, dia dikatakan telah membelikan kereta untuk cucu-cucunya sebanyak empat biji kereta.

image is not available

Mungkin nyanyuk atau dipergunakan?

Menjengah ruangan komen, beberapa netizen meminta agar orang ramai tak mempertikaikan perkara ini kerana mungkin warga emas ini mempunyai ingatan yang tak berapa kuat atau dia telah diambil kesempatan oleh keluarganya.

image is not available

Betul jugak kita tak tahu cerita sebenar disebalik semua ni, kalau betul ada ramai yang bantu, itu rezekinya. Lagipun, min tak tahulah kesasihan cerita penghulu tersebut…

 

Baca: [VIDEO] Sebak! Nenek Usia 87 Tahun Gigih Berniaga, Mengadu Beberapa Hari Tak Makan Nasi

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.