Update, nikmati versi terkini MySejahtera. Ikut 4 langkah mudah

LocalDigital
30 Jul 2021 • 5:55 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

APLIKASI MySejahtera mula diwujudkan selepas negara dilanda penularan Covid-19.

Ia merupakan aplikasi dibangunkan kerajaan untuk membantu pengawasan penularan wabak tersebut di dalam negara, sekali gus memudahkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.

Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapatkan maklumat awal sebelum mengambil tindakan cepat dan berkesan.

Dalam perkembangan terbaharu, menerusi laman sosial Twitter pihak MySejahtera meminta pengguna mengemaskini aplikasi itu.

“Pengguna dihormati, kami telah mengemaskini aplikasi mudah alih dengan ciri yang disempurnakan pada awal pagi ini.

“Sila kemas kini aplikasi pada versi terkini. Tutup dan buka semula aplikasi selepas kemas kini dan anda akan dapat menikmati ciri baharu.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Pada ciri baharu penerima vaksin dos pertama dikehendaki membaca dan mengisi borang persetujuan digital sebelum hadir ke pusat pemberian vaksin.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) berkata, penerima yang sudah mendapat vaksinasi dos pertama dan menandantangani borang persetujuan secara manual, mereka tidak perlu lagi mengisi borang digital.

Menurut JKJAV, borang digital berkenaan turut mempunyai terjemahan dalam pelbagai bahasa dan boleh diakses menerusi portal vaksincovid.gov.my/penerbitan.

Untuk membaca dan menandatangani borang persetujuan digital di MySejahtera ikut langkah berikut:

image is not available

1. Klik pautan untuk melihat borang persetujuan digital pada profil vaksinasi masing-masing.

2. Baca dan tanda maklumat kesihatan dengan betul. Kemudian sahkan maklumat diri.

image is not available3. Butiran janji temu akan dikemaskini dengan pengesahan.

4. Tunjuk butiran janji temu yang menyatakan ‘yes’ di bahagian kebenaran kepada penyuntik vaksin.

image is not available

Selain itu, menerusi kemas kini terbaharu pengguna MySejahtera juga berpeluang membeli kit ujian kendiri secara online dan fungsi penghantaran keputusan ujian kendiri Covid-19.

image is not available

Sumber: JKJAV

 

The post Update, nikmati versi terkini MySejahtera. Ikut 4 langkah mudah appeared first on Sinar Plus.