Aplikasi MySejahtera, yang dibangunkan kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 hari ini difahamkan telah mendapat pengemaskinian baharu.
Ia diumumkan MySejahtera menerusi satu hantaran di akaun Twitter rasmi mereka tengahari tadi.
Dear users, we have updated the mobile app with enhanced features earlier this morning. Please update your app to the latest version. Close and reopen the app after update and you will be able to experience the latest features.
Thank you
Pengguna akan menerima notifikasi wajib untuk pengemaskinian sebaik membuka aplikasi tersebut bermula tengahari tadi tadi.


4 ciri baharu
Dengan pengemaskinian terbaharu ini, MySejahtera kini hadir dengan empat ciri baharu dimana dua membabitkan ujian kendiri iaitu :
1.Fungsi penghantaran keputusan ujian kendiri Covid-19
2. Pembelian kit ujian kendiri secara atas talian diperkenalkan.


Untuk pembelian kit ujian sendiri, MySejahtera menawarkan pembelian tiga dari 6 kit yang diluluskan Medical Device Authority Malaysia (MDA) pada 29 Julai iaitu Salixium, Gmate dan JusChek menerusi laman Pharma2u
Pembelian secara pukal turut ditawarkan untuk perusahaan dan syarikat yang mahu membeli kit ujian ini untuk kakitangan mereka.

Selain itu, MySejahtera juga kini hadir dengan dua ciri tambah iaitu fungsi ‘Kecemasan’ bagi membantu pengguna mendail 999 secara automatik dan fungsi ‘Fasiliti Kesihatan’ dalam memudahkan pengguna mengenalpasti lokasi fasiliti saringan terdekat.

