Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memaklumkan akan memulakan ujian COVID 19 menggunakan persampelan air liur (deep throat saliva) dalam waktu terdekat ini.
Perkara tersebut dinyatakan menerusi perkongsian Twitter KKM yang juga menyatakan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) sedang memperincikan panduan penggunaannya dan dijangka selesai minggu hadapan.
KKM akan memulakan ujian #COVID19 menggunakan persampelan air liur (deep throat saliva) dalam waktu terdekat.
Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) sedang memperincikan panduan penggunaannya dan dijangka selesai minggu hadapan. pic.twitter.com/KryTp5D1No
Menurut Astro AWANI, Kajian Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) juga telah mendapati dua peranti ujian kendiri (Rapid Antigen test) yang menggunakan air liur bagi saringan COVID 19 mencapai tahap sensitiviti 90%.
Dua ujian kendiri air liur telah selesai dikaji oleh IMR dan kedua-dua mempunyai sensitiviti melebihi 90 peratus.
“MDA (Pihak Berkuasa Peranti Perubatan) sedang memperincikan panduan penggunaan dan insya-Allah akan selesai minggu depan,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham
Dua ujian kendiri (Rapid Antigen test) air liur telah selesai dikaji oleh IMR untuk saringan Covid-19. Kedua-dua mempunyai sensitiviti melebhi 90%. MDA sedang memperincikan panduan pengunaan dan InshaAllah akan selesai minggu depan.