Perkembangan Vaksin COVID-19 #16: Vaksin untuk warga emas & jalan pintas dapat vaksin

9 Jul 2021 • 8:00 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Antara isu yang diketengahkan dalam video kali ini ialah individu #CucukMyAZ akan mendapat suntikan ke-2 lebih awal, bilakah Malaysia boleh memberi vaksin kepada semua warga emas yang berdaftar? Apakah cara pintas untuk mendapatkan janji temu vaksin melalui MySejahtera? dan banyak lagi isu lain yang diketengahkan.

1. Malaysia melakukan lebih daripada 300,000 vaksinasi setiap hari

Program Imunisasi Kebangsaan telah mencatatkan rekod baru apabila telah berikan lebih dari 300,000 dos suntikan sehari. Pada 6 Julai, Malaysia mencapai paras tertinggi baru iaitu 340,043 dos suntikan sehari.

image is not available

2. Jalan pintas dapatkan vaksin di Helpdesk MySejahtera ialah berita palsu

Menurut JKJAV, mesej viral yang mendakwa bahawa, anda boleh mendapat janji temu hanya beberapa jam setelah mengemukakan permintaan di helpdesk MySejahtera adalah tidak benar.

image is not available

3. Semua warga emas yang berdaftar akan dapat vaksin pada akhir Julai

Menurut Menteri Teknologi Sains dan Inovasi, YB Khairy jamaluddin, Malaysia mensasarkan untuk memberi sekurang-kurangnya dos pertama vaksin kepada semua warga emas yang telah mendaftar pada akhir bulan Julai. Lebih daripada 2.3 juta warga emas telah mendapat suntikan pada 4 Julai, ia merupakan 80% daripada jumlah warga emas yang telah berdaftar.

image is not available

4. Malaysia dapat sumbangan 2.5 juta dos vaksin bulan ini

Jepun, Amerika Syarikat dan China telah menyumbang 2.5 juta dos vaksin kepada Malaysia pada bulan Julai. Jepun menyumbang 1 juta dos AstraZeneca dan AS telah menyumbang 1 juta dos vaksin Pfizer. China mengatakan bahawa mereka akan menyumbang 500 ribu vaksin Sinovac yang akan tiba pada pertengahan bulan Julai.

5. Selang masa suntikan kedua AstraZeneca dipendekkan menjadi 9 minggu

Malaysia telah memutuskan untuk memendekkan selang masa vaksin AstraZeneca antara dos vaksin pertama dan kedua dari 12 minggu menjadi 9 minggu. Jika anda mendapat dos pertama pada awal Mei, anda seharusnya mendapat suntikan dos kedua pada bulan Julai.

6. Sebanyak 14 juta dos vaksin tiba pada bulan Julai

Untuk bulan Julai 2021, Malaysia akan menerima sejumlah 14.4 juta dos vaksin termasuk vaksin yang disumbangkan oleh negara lain. Dari angka ini, lebih daripada 6.4 juta dos adalah vaksin Pfizer, diikuti oleh Sinovac dengan hampir 6.4 juta dos dan AstraZeneca dengan lebih dari 1.5 juta dos.

image is not available

7. Dapat janji temu vaksin ketika PKPD

Sekiranya anda tinggal di kawasan PKPD, anda masih dibenarkan merentas daerah atau negeri untuk memenuhi janji temu vaksin. Anda hanya perlu tunjukkan janji temu vaksin anda jika anda diberhentikan di sekatan jalan raya.

8. Perlukah dapatkan suntikan ke-2 jika sudah positif COVID-19?

Walaupun disahkan positif COVID-19, anda harus mendapat dos kedua vaksin setelah anda selesaikan tempoh kuarantin. Semua pesakit COVID-19 yang pulih diminta untuk mendapatkan vaksin kerana ada kemungkinan mereka dijangkiti lagi. Dicadangkan agar mereka mendapatkan vaksinasi 3 bulan selepas pemulihan.

9. Status vaksinasi dan Pendaftaran

Setakat 6 Julai 2021, Malaysia telah memberikan lebih daripada 9.6 juta dos vaksin kepda individu. Hampir 6.8 juta individu telah menerima satu dos, iaitu lebih daripada 20% daripada jumlah populasi.

image is not available

Dari segi pendaftaran, lebih dari 17.2 juta individu telah mendaftar pada 4 Julai lalu dan itu merupakan 69.70% dari populasi yang disasarkan. Selangor mempunyai pendaftaran tertinggi dengan lebih dari 4.1 juta individu.

image is not available

The post Perkembangan Vaksin COVID-19 #16: Vaksin untuk warga emas & jalan pintas dapat vaksin appeared first on SoyaCincau.com.