Varian bahaya: 40 kes Delta dikesan, dua di Selangor

2 Jul 2021 • 12:29 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 1 JULAI: Sebanyak 40 orang dikesan membawa varian Delta di negara ini sehingga 30 Jun, namun hanya dua daripada jumlah itu direkodkan di Selangor.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dua pembawa varian tersebut adalah kes import.

Namun Selangor mendahului negeri lain berkaitan varian Beta (dikesan di Afrika Selatan) dengan 46 kes tempatan.

Negeri ini juga merekodkan lima kes varian Alpha, pertama kali dikesan di United Kingdom.

Daripada tiga varian membimbangkan (VOC) ini, Delta yang pertama kali dikesan di India lebih cepat merebak dan mudah menyebabkan risiko kematian.

Jumlah keseluruhan kes VOC di seluruh negara setakat ini 198 kes.

Dr Noor Hisham juga berkata sebanyak 28 kes varian baharu dikesan antara 23 Jun sehingga semalam.

Daripada jumlah itu, sebanyak 25 kes adalah VOC merangkumi 18 Delta, lima Beta dan dua lagi Alpha.

image is not available

The post Varian bahaya: 40 kes Delta dikesan, dua di Selangor appeared first on Selangorkini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved