Yui Ohashi rangkul emas 400m rampaian individu wanita

25 Jul 2021 • 11:42 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PERENANG Jepun Yui Ohashi merangkul emas acara 400m rampaian individu wanita di Sukan Olimpik Tokyo, di sini pada Ahad.

Ohashi menang dengan catatan masa 3:32.08 saat diikuti tempat kedua Emma Weyant (4:32.76 saat) dan Hali Flickinger (4:34.90 saat) di tangga ketiga, kedua-duanya dari Amerika Syarikat, lapor Xinhua.

Pemenang emas Olimpik Rio, Katinka Hosszu dari Hungaria sekadar menduduki tempat kelima dengan catatan masa (4:35.98 saat). - Bernama