Platform Penstriman Di Perancis Perlu Melabur 25% Keuntungan Dalam Industri Perfileman Tempatan

TechnologyDigital
1 Jul 2021 • 12:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kini terdapat lebih banyak platform penstriman ditawarkan di muka bumi dari jumlah jari di tangan. Kami tahu ramai yang perlu melakukan matematik platform manakah yang paling layak dilanggan. Setiap satunya menawarkan kandungan menarik dan dalam kes di Malaysia secara majoritinya lebih berkualiti dari kandungan terbitan tempatan.

image is not available

Di Perancis, kerajaan mula mengarahkan pemilik platform penstriman seperti Netflix dan Disney+ supaya melaburkan 25% keuntungan yang diperolehi dari pengguna tempatan ke dalam industri perfileman negara. Sebanyak 80% dari keuntungan perlu diberikan kepada penerbitan siri dan filem oleh pengkarya tempatan dengan baki 20% menghasilkan kandungan yang akan ditayangkan di panggung wayang.

Ini adalah sebahagian daripada peraturan Audiovisual Media Services Directive (AVMS) yang dikenakan oleh Suruhanjaya Eropah untuk memastikan pengkarya seni ahli Kesatuan Eropah tidak menerima impak negatif platform penstriman dari luar zon ekonomi mereka.

Perancis adalah negara yang unik dimana filem yang ditayangkan di panggung tidak boleh ditawarkan di platform penstriman dalam tiga tahun dari tarikh tayangan asal. Kelonggaran hanya diberikan ke selepas 12 bulan sekiranya filem tersebut membabitkan syarikat tempatan.

Sumber Variety