Kereta Sorong Bayi PåHoj Boleh Berubah Menjadi Kerusi Basikal

TechnologyDigital
1 Jul 2021 • 11:45 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kos menjadi ibu bapa adalah lebih tinggi di zaman moden. Perubahan undang-undang memerlukan kerusi bayi digunakan pada kenderaan yang digunakan termasuklah di Malaysia. Oleh itu ibu bapa perlu membeli kereta sorong ketika anak-anak masih bayi sebelum dipindahkan ke kerusi dalam kereta atas sebab keselamatan. Oleh tu produk multi kegunaan amatlah perlu bagi mengurangkan kos membesarkan anak-anak.

image is not available

PåHoj ialah kereta sorong untuk bayi yang juga boleh digunakan sebagai tempat duduk yang diletakkan di belakang basikal. Ia hanya memerlukan sebuah penyesuai untuk membolehkan ia dicangkuk kepada bahagian belakang sebuah basikal. Kerana rekaannya yang inovatif, PåHoj telah dianugerahkan pingat emas oleh iF Design Award 2021.

image is not available

Kereta sorong ini ditawarkan pada harga 3450 Krona Sweden (~RM 1675) sebuah. Harga yang amat tingi tetapi ia sebenarnya lebih murah berbanding membeli kerusi basikal dan kereta sorong secara berasingan.

Sumber IF Design