Disney+ HotStar Menawarkan Pelan Mudah Alih Di India Pada Harga Hanya RM28 Setahun

TechnologyDigital
28 Jul 2021 • 10:50 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Disney+ Hotstar mengumumkan pelan khusus untuk peranti mudah alih sahaja di India dengan harga langganan ₹499 (~RM28) setahun. Ia adalah pelan baharu yang tidak ditawarkan sebelum ini dan mengikuti langkah Netflix yang menawarkan pelan yang sama beberapa tahun yang lalu.

image is not available

Menerusi pelan ini hanya satu pengguna boleh menstrim secara serentak pada peranti mudah alih. Kesemua kandungan Disney+ Hotstar boleh diakses tetapi dengan resolusi dihadkan ke HD sahaja. Selain itu dua pelan lain Super dan Premium juga diumumkan menggantikan pelan terdahulu,

Pelan Super ditawarkan pada harga ₹888 (~RM50) setahun yang membolehkan dua pengguna menstrim serentak pada resolusi HD. Pelan Premium pula ditawarkan pada harga ₹1499 (~RM85) setahun yang membenarkan empat pengguna menstrim serentak pada resolusi sehingga 4K.

Bagi yang inginkan ciri Premiere Access yang membenarkan filem terkini ditonton terus dari rumah dengan bayaran tambahan, Disney+ Hotstar masih belum merancang memberikannya kepada pelanggan pada waktu ini.