Sony ZV-E10 Dilancarkan Untuk Vloger Dengan Lensa Boleh-Ganti

TechnologyDigital
28 Jul 2021 • 7:59 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tahun lalau Sony ZV-1 dilancarkan sebagai kamera digital pertama yang dihasilkan untuk vlogger. Hari ini Sony ZV-E10 pula dilancarkan sekali lagi menyasarkan golongan penghasil kandungan video atas talian. Penambahbaikan pertama pada ZV-E10 terletak pada sistem lensa yang boleh ditukar oleh pengguna.

image is not available

Kamera dilengkapi sensor 24.2MP APS-C yang menyokong kesemua lensa E-Mount Sony. Ia mampu merakam video pada resolusi maksimum 40K 30FPS dengan HDR atau 1080P 120 FPS. Terdapat sistem pemfokusan Eye-AF dan pelbagai mod video seperti mengaburkan latar belakang serta memfokuskan kepada produk. Sony ZV-1 sebenarnya adalah sebuah Sony a6100 dengan beberapa ciri tidak disertakan.

Sebuah skrin sesentuh diletakkan pada bahagian belakang yang boleh diputarkan ke hadapan untuk mod vlog. Kerana ia sebuah kamera video, butang rakaman video yang besar pula diletakkan pada bahagian atas dengan sempadan berwarna merah.

image is not available

Tiada EVF atau flash tetapi terdapat mikrofon besar pada bahagian atas. Terdapat tapak untuk flash sekiranya pengguna memerlukannya. Mikrofon dan fon kepala luaran boleh dipasang menerusi bicu 3.5mm. Kamera ini juga boleh digunakan untuk penstriman langsung dengan sambungan USB-C serta perisian khas.

Sony ZV-E10 ditawarkan pada harga $700 (~RM2962) sebuah untuk tubuh sahaja atau $800 (~RM3385)dengan lensa kit Sony 16-50mm f/3.5-5.6 OSS dalam warna hitam atau putih.