Sony ZV-E10, kamera bersensor APS-C termurah Sony untuk 2021

Digital
28 Jul 2021 • 10:38 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Sony ada satu kamera baru yang Bernama ZV-E10. Daripada spesifikasinya, ia tentu sekali ditujukan pada vlogger dan yang sedang cari kamera dengan lensa boleh tukar pertama. Namanya berbunyi seperti ia adalah kesinambungan ZV-1 yang telah dilancarkan terdahulu namun komponennya lebih kepada Alpha 6400.

image is not available

Ciri yang diwarisi daripada ZV-1 ialah saiznya yang kompak beserta paparan boleh kilas ke bahagian sisi, sesuai untuk yang lakukan rakaman secara solo. Paparanya adalah daripada jenis TFT sebesar 3" dengan resolusi kira-kira 9.22MP.

image is not available

Di dalam badan kompak itu terdapat pelbagai manfaat yang diambil daripada Alpha 6400. Pertama sekali ialah keupayaan untuk menukar lensa kerana ia datang dengan kaki lensa E-mount. Kemudian, ia dilengkapi sensor APS-C yang jauh lebih besar berbanding 1" pada ZV-1. Namun begitu ia bukanlah sensor baharu sebaliknya yang digunakan sejak Alpha 6000 tahun 2014 lalu.

image is not available

Dengan sensor itu, anda boleh tangkap gambar pada resolusi 24MP ataupun video pada 4K@30p.

Antara port I/O yang boleh ditemui ialah dua jek 3.5mm, satu untuk mikrofon dan satu lagi untuk headfon. Anda juga ada satu USB-C untuk mengecas dan data dan satu mini HDMI.

Bateri NP-FW50 yang digunakannya boleh beri khidmat sehingga 125 minit sewaktu merakam ataupun 440 tangkapan gambar.

Dengan spesifikasi lebih rendah daripada Alpha 6400, ZV-E10 dijual pada harga RM2,599 (badan sahaja) ataupun RM3,099 dengan lensa 15-50mm. Anda boleh dapatkannya bermula September 2021.

Sumber: Sony

The post Sony ZV-E10, kamera bersensor APS-C termurah Sony untuk 2021 appeared first on SoyaCincau.com.