Jangkitan kekal pada paras 10,000, Selangor terus turun kepada 4,404

19 Jul 2021 • 4:12 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 19 JULAI: Jumlah jangkitan baharu Covid-19 kekal pada paras 10,000 apabila merekodkan 10,972 kes hari ini, menurut ketua pengarah kesihatan.

Angka yang dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook menunjukkan kes di Selangor kian menurun pada angka 4,000 dengan 4,404 kes dicatatkan.

Semalam, Malaysia merekodkan 10,710 kes manakala negeri ini merekodkan 4,000 kes tiga hari berturut-turut iaitu 4,828 semalam dan 4,985 pada Sabtu.

BERITA LANJUT MENYUSUL

image is not available

The post Jangkitan kekal pada paras 10,000, Selangor terus turun kepada 4,404 appeared first on Selangorkini.