SHAH ALAM, 19 JULAI: Jumlah jangkitan baharu Covid-19 kekal pada paras 10,000 apabila mencatat 10,972 kes hari ini, menurut ketua pengarah kesihatan.
Angka yang dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook menunjukkan kes di Selangor menurun empat hari berturut-turut dengan 4,404 kes dicatatkan.
Malaysia menurun kepada 10,710 kes semalam berbanding 12,528 pada Sabtu.
Jumlah kes di negeri ini menurun empat hari berturut-turut selepas rekod jangkitan tertinggi 6,120 kes pada Khamis lalu diikuti Jumaat (5,512), Sabtu (4,985) dan Ahad (4,828).
Jangkitan di Kuala Lumpur juga makin menurun kepada 609 berbanding 945 kes semalam, namun Negeri Sembilan kembali mencatat empat angka iaitu 1,340 kes berbanding 771 kes semalam.
Pecahan kes wabak negeri/wilayah lain:
Johor – 876
Kedah – 705
Sabah – 651
Pahang – 475
Melaka – 474
Pulau Pinang – 426
Perak – 324
Sarawak – 301
Kelantan – 170
Terengganu – 144
WP Putrajaya – 48
WP Labuan – 24
Perlis – 1

The post Jumlah jangkitan di Selangor turun empat hari berturut-turut appeared first on Selangorkini.
