Orang awam dibenar rakam video proses suntik vaksin

23 Jul 2021 • 3:09 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 23 JULAI: Orang awam dibenar merakam video proses suntikan vaksin ke atas mereka selain jururawat perlu menunjukkan picagari digunakan mereka, kata menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Khairy Jamaluddin berkata langkah itu susulan laporan polis dibuat seorang individu yang mendakwa petugas kesihatan menggunakan picagari kosong selepas menonton semula video dirakamnya semasa proses suntikan, lapor Sinar Harian.

BERITA LANJUT MENYUSUL

The post Orang awam dibenar rakam video proses suntik vaksin appeared first on Selangorkini.