Suntikan Dos Kedua AstraZeneca Dipercepatkan Dari 3 Bulan Kepada 9 Minggu – KJ

2 Jul 2021 • 1:46 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Lebih sejuta penerima yang terlibat dalam program sukarela AstraZeneca Covid-19 dianggarkan akan menerima janji temu dalam masa terdekat. Menteri Penyelaras Program COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata kerajaan bersetuju untuk mempercepatkan suntikan dos kedua vaksin Astra Zeneca daripada 12 minggu (3 bulan) kepada 9 minggu.

Menurut Awani, beliau berkata mereka yang terlibat pada fasa pertama suntikan AstraZeneca pada bulan Mei akan terima notifikasi janji temu.

Saya ingin memaklumkan berdasarkan saranan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID- 19 (JKJAV) dan sumbangan vaksin oleh kerajaan Jepun, kita akan mengurangkan (tempoh pemberian) dos AZ dari 12 minggu kepada sembilan minggu.”

image is not available

Beliau bersama Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Duta Jepun ke Malaysia, Hiroshi Oka telah menyambut ketibaan satu juta vaksin terbabit disumbangkan oleh kerajaan Jepun. Pesawat yang membawa vaksin AstraZeneca sumbangan kerajaan Jepun itu selamat mendarat semalam pada 5.20 petang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sebelum ini slot vaksin AstraZeneca COVID-19 bagi penduduk Kuala Lumpur dan Selangor ditempah sepenuhnya hanya dalam tempoh tiga jam 20 minit, selepas pendaftaran dibuka.

Baca: “Cadang nak hantar lebih banyak vaksin ke Selangor” – Bukan ‘Anak Tiri’, KJ Jawab Tuduhan Selangor Kekurangan Bekalan Vaksin

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.