“Ni pun nak scam” – Doktor Palsu Caj Sampai RM235 Untuk Suntikan Vaksin Rupanya ‘Inject’ Pesakit Dengan Air

3 Jul 2021 • 11:44 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Dengan caj bayaran antara RM115 hingga RM235 bagi satu dos, seorang lelaki yang menyamar sebagai doktor telah berjaya meyakinkan beberapa syarikat untuk membayar kos suntikan dos vaksin COVID-19 kepada pekerja-pekerjanya kini sedang diburu pihak berkuasa.

image is not available
Gambar hiasan

Lapor Independent, setakat ini, polis Uganda telah menahan dua jururawat dan kini giat mengesan seorang doktor palsu yang telah menjual dan memberikan vaksin COVID-19 palsu kepada ratusan orang susulan peningkatan kes jangkitan wabak di kawasan itu.

Kata Dr Warren Naamara iaitu Ketua Unit Pemantau Kesihatan Awam di pejabat presiden, kegiatan ini jelas adalah satu scam bagi mendapatkan wang.

Tambah beliau lagi, pihaknya percaya doktor palsu itu telah menyuntik orang ramai dengan air dan bukanlah vaksin COVID-19 seperti yang didakwa.

“Ia satu penipuan. Suspek jelas mahukan wang. Kami syak dia suntik orang ramai dengan air kerana ia tidak berwarna, tidak berbau dan tidak berbahaya,” katanya.

image is not available
Gambar hiasan

Berdasarkan beberapa dokumen yang dijumpai di premis yang digunakan suspek sebagai pusat pemberian ‘vaksin’, Dr Naamara berkata terdapat sekurang-kurangnya 812 orang sudah menerima vaksin palsu terbabit. Pun begitu, Dr Naamara mengesyaki bilangan mangsa sebenar mungkin lebih daripada itu.

Dalam serbuan sama juga, pihak berkuasa tempatan telah menemui beberapa botol yang mempunyai label vaksin palsu dan maklumat penghantaran yang salah.

image is not available
Gambar hiasan

Untuk info, semenjak akhir bulan Mei, Uganda merekodkan kes jangkitan dan kematian tinggi akibat wabak COVID-19 susulan penyebaran varian Delta yang lebih tinggi kadar kebolehjangkitannya.

Sementara itu, kempen vaksinasi yang bermula pada Mac lalu terjejas akibat kekurangan bekalan COVAX yang dihasilkan khusus buat negara berpendapatan rendah.

Sumber: Independent

Baca: “Itupun nak tipu ke” – UK Temui Penjualan Kad Penerima Vaksin Palsu Di Tik Tok

image is not available

ITV

IGPLUS

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.