MB: 799,000 penduduk Selangor lengkap dua dos vaksin

23 Jul 2021 • 7:15 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 23 JULAI: Seramai 799,000 atau 16.83 peratus penduduk Selangor lengkap menerima dua dos vaksin setakat hari ini, maklum Dato’ Menteri Besar.

Berdasarkan perkongsian infografik di Facebook, Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan 3.21 juta dos vaksin diberi menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Daripada jumlah itu, 2.41 juta individu atau 50.8 peratus telah menerima dos pertama.

Mengikut infografik sama, seramai 97,367 dos telah disuntik bagi program Selangor Vaksin (Selvax).

Pada 16 Julai, Amirudin memaklumkan semua warga Selangor yang telah mendaftar akan menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menjelang 1 Ogos.

image is not available

 

 

The post MB: 799,000 penduduk Selangor lengkap dua dos vaksin appeared first on Selangorkini.