“Bersiap sedialah ya” – Lepas Viral Bekas Adik Ipar Dedah ‘Perangai’, Fiza Halim Buat Laporan Polis

Entertainment
12 Jul 2021 • 2:28 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Beberapa hari lalu, satu perkongsian di Twitter viral bila seorang individu dipercayai bekas adik ipar kepada Fiza Halim mengatakan yang pelakon ini seorang ‘kaki sondol’ dan pemusnah rumah tangga orang.

Selain itu, individu tersebut turut mendakwa Fiza merupakan seorang mata duitan dan sering meminta tolong dari ahli keluarga bekas suaminya itu.

Selepas beberapa hari mendiamkan diri, Fiza akhirnya buka mulut memberitahu yang dia telah pun membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

Menerusi Instagram, Fiza mengatakan yang dia mengambil keputusan untuk berdiam diri kerana dia telah diarahkan untuk tak membalas atau menjawab apa-apa pertanyaan dari netizen atau mana-mana pihak.

View this post on Instagram

A post shared by 𝓕𝓲𝔃𝓪 𝓐𝓫𝓭𝓾𝓵 𝓗𝓪𝓵𝓲𝓶

image is not available
(@fizahalimofficial)

Segala DM, comment yang saya dapat selama 4 hari ni telah dipantau oleh pihak SKMM dan juga pihak polis.”

Tambah Fiza, akaun Instagramnya juga telah pun dirujuk kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan berpesan kepada individu yang pernah meninggalkan komen atau mesej berunsur hinaan bersiap-sedia untuk disiasat.

Untuk pengetahuan semua, segala DM dan komen berbentuk aib, hinaan, cacian & makian selama 4 hari yang saya dapat ni dah pun sampai ke pihak SKMM. Jadi bersiap sedia lah ya semua yang pernah hantar DM dan komen ke saya akan di soal siasat. Tak mau cakap banyak, kita tunggu dan lihat saja.”

Sementara di ruangan komen posting ini, rakan artis dan netizen dilihat banyak memberikan kata-kata sokongan kepada pelakon ini.

image is not available

Pengajarannya, berhati-hatilah sebelum bagi komen dekat orang tu, kang tak pasal-pasal kena soal siasat pulak…

 

Baca: Fiza Mengamuk Kena ‘Ketuk’ RM23.60 Untuk 2 Bungkus Nasi Goreng Cina Kosong, Tapi Jawapan Mamak Sebaliknya…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.