Ujian beta Apex Legends Mobile dimulakan untuk Malaysia

Gaming
28 Jul 2021 • 11:36 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Satu lagi permainan hangat di platform PC akan berhijrah ke platform mudah alih. Kali ini ialah Apex Legends Mobile. Menurut satu utusan pembangun permainan itu di Twitter, sesi ujian beta tertutup Apex Legends Mobile kini bermula untuk pasaran Indonesia, Fillipina, dan Malaysia.

Pengumuman tersebut adalah untuk platform Android manakala platform iOS masih lagi belum ada buat masa ini.

image is not available

Perlu diingatkan bahawa ini adalah versi mudah alih kepada Apex Legends dan tiada funsi cross-play yang dinikmati seperti di PC, PlayStation, Xbox, dan Nintendo Switch.

Akses beta permainan ini nampaknya dibuka secara berkala kerana setakat ini anda Cuma boleh lakukan pendaftaran minat sahaja dan ada fungsi untuk pemasangan automatik sejurus ia ada untuk anda.

The post Ujian beta Apex Legends Mobile dimulakan untuk Malaysia appeared first on SoyaCincau.com.