Sukarelawan Angkut 1,603 Tan Sampah Dari Gunung Rinjani, Ambil Masa 72 Jam!

Entertainment
13 Jul 2021 • 1:44 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Terletak di kepulauan Lombok, Gunung Rinjani merupakan gunung berapi aktif kedua tertinggi di Indonesia. Selain statusnya sebagai salah sebuah gunung berapi aktif yang boleh didaki, ramai pendaki dari Indonesia dan serata dunia akan kesini bagi menikmati pemandangan yang menarik sepanjang pendakian ke puncak.

Sebelum pandemik melanda, gunung ini sentiasa akan dikunjungi oleh pendaki dan menurut laporan Tempo, jumlah pendaki direkodkan mencecah 17,171 orang dan majoritinya pendaki luar negara.

Namun, apa yang tidak bestnya adalah sikap segelintir pendaki yang tidak bertanggungjawab dan telah menyebabkan keindahan semulajadi kawasan gunung berkenaan dikotorkan dengan sisa sampah.

image is not available

Walaupun rata-rata gambar yang dimuatnaik ke media sosial berkenaan Gunung Rinjani ini cantik dan bersih, sebenarnya ia mempunyai sebuah sisi gelap yang kotor digelarkan ‘sungai sampah’ oleh warga tempatan yang berada di Bukit Selong, sebuah lokasi tarikan untuk menikmati pemandangan matahari terbit di Rinjani.

Sedar akan masalah pembuangan sampah oleh pendaki tak bertanggungjawab ini, satu inisiatif untuk membersihkan dan mengangkut sampah-sampah ini telah diadakan oleh seorang pembuat filem berasal dari Perancis, Benjamin Ortega dan Greenrinjani.

image is not available

Difahamkan, sebelum mengadakan proses pembersihan ini Ortega telah mengadakan kempen jualan roti baguette atas talian bagi memberikan upah kepada 50 orang porter untuk mengangkut kesemua sampah yang berjaya dikumpulkan.

Dalam masa 72 jam, kumpulan terbabit telah berjaya mengumpul dan membawa turun sejumlah 1,603 tan sampah dari gunung berkenaan! Kalau tak dapat bayangkan berapa banyak 1,603 tan tu, tukarkan kepada kilogram, sekitar 1.6 juta kg atau kira-kira 80 ribu kampit beras (20kg)!

Di Malaysia pun tak kurang jugak ceritanya, jadikan ini pengajaran ye. Lepas ni, kalau ada mendaki ke mana-mana, hiking ke, sampah sila bawa balik bersama kalau tak ada tong sampah disediakan. 

 

Baca : “Patutlah dorang ni best” – Coldplay Sponsor ‘Interceptor 005’ Untuk Bersihkan Sungai Di Malaysia

image is not available

 

CNN Indonesia

Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.